tempat pelancongan tersohor di Kota Bharu

TEMPAT PELANCONGAN TERSOHOR DI KOTA BHARU KELANTAN

MASJID AR-RAHMAN
Masjid Ar-Rahman

Masjid Ar-Rahman

Masjid Ar-Rahman mula dibina pada awal 2016 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah, selepas melihat keadaan masjid lama Pulau Gajah yang semakin sempit. Pembinaan masjid di atas tapak seluas 0.8 hektar itu mengambil masa kira-kira dua tahun dan kini ia mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Uniknya, khidmat 10 pekerja dari Indonesia diguna pakai untuk menghasilkan lebih 90 peratus ukiran tangan pada masjid, separuh daripadanya ukiran ayat suci al-Quran. Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman, Hasan Mahmood, berkata pembinaan masjid dengan kos lebih RM6 juta itu hasil sumbangan penderma individu, malah pelan serta idea pembinaan juga cetusan daripada hamba Allah itu.

Menariknya, beliau berkata, binaan Masjid Ar-Rahman ini, ia turut mempertontonkan gabungan hiasan dari sekurang-kurangnya empat negara, selain seni bina Melayu.

Dua pintu masuk masjid contohnya dari Yaman, tiang tempat imam solat pula dari Maghribi. Set geduk berasal dari Indonesia dan lakaran al-Quran dalam bulatan di tengah siling pula dibawa dari Turki.

Rahsianya, individu yang membiayai pembinaan Masjid Ar-Rahman ini sering merantau ke luar negara terutama Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki. Dari situlah cetusan idea hiasan dimanfaatkan.

Malah pintu kayu berusia ratusan tahun yang dipenuhi ukiran ayat suci al-Quran di hadapan tempat Imam solat diimport dari Magribi. Harganya saya tidak tahu kerana semuanya diuruskan penderma, katanya.

Keunikan Masjid Ar-Rahman tidak terbatas pada pandangan luar dan dalam bangunan, sebaliknya sudut pandangan atas memberi gambaran lebih menarik seolah-olah masjid berada di sebuah pulau kecil.

Lokasi Masjid Ar-Rahman


Facebook MPKB-BRI

Facebook MPKB-BRI

Portal MPKB-BRI

Portal MPKB-BRI

@2021 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam