Pantai Cahaya Bulan merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Pantai Cahaya Bulan yang lebih sinonim dengan panggilan PCB dan dahulunya pantai ini dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi sebelum ditukar kepada nama Pantai Cahaya Bulan. Disekitar pantai ini terdapat pelbagai kemudahan untuk percutian seperti resort, chalet, hotel dan juga medan ikan bakar yang sesuai untuk makan malam. Disepanjang pantai ini juga terdapat pelbagai gerai-gerai gorengan seperti keropok, makanan laut celup tepung, air kelapa dan masakan panas.