tempat pelancongan tersohor di Kota Bharu

TEMPAT PELANCONGAN TERSOHOR DI KOTA BHARU KELANTAN

KOTA SULTAN ISMAIL PETRA
Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu, di antara Istana Balai Besar, Istana Jahar, Padang Merdeka dan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan telah disiapkan pada 1990 sempena pengisytiharan Kota Bharu sebagai Kota Budaya ketika itu. Kota Sultan Ismail Petra terdiri daripada binaan pintu gerbang gergasi yang bercirikan senibina tradisional Melayu Kelantan dan turut terdiri dari 5 buah menara yang di atasnya dihiasi replika al-Quran sebagai melambangkan pedoman utama rakyat Kelantan. Ianya dibina melingkungi satu dataran yang bersejarah di bandar Kota Bharu yang dahulunya merupakan tempat berlangsungnya pelbagai upacara perarakan kebesaran, perhimpunan serta pertunjukan hiburan rakyat seperti pertandingan laga lembu yang pernah diadakan di sini sekitar 100 tahun dahulu. Kehadiran menyerikan lagi persekitaran Istana Balai Besar, Istana Jahar, Istana Batu dan bangunan bersejarah lain di sekitarnya. Walaupun struktur berkenaan masih baru dan tidak memiliki nilai sejarah yang panjang sebagaimana struktur-struktur silam di sekitarnya, tidak dapat dinafikan bahawa rekabentuknya memang menarik dan merupakan salah satu tarikan pelancongan yang paling terkenal di Kelantan.

Lokasi Kota Sultan Ismail Petra


Facebook MPKB-BRI

Facebook MPKB-BRI

Portal MPKB-BRI

Portal MPKB-BRI

@2021 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam